Anda pernah memohon di SPA? Oleh itu sepatutnya anda tahu bagaimana cara
semak temuduga dan ujian fizikal di SPA. Kami tertarik untuk membuat
penulisan ini berikutan masalah yang timbul segelintir pemohon untuk
melihat maklumat lengkap panggilan temuduga atau ujian fizikal di Laman
rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan awam SPA.
Sebelum kami huraikan bagaimana untuk semak temuduga dan ujian fizikal
di SPA, ada baiknya kami terangkan dulu secara ringkas apa itu SPA. SPA
ialah suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menguruskan pengambilan calon
untuk jawatan-jawatan dalam sektor awam.
Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa SPA ini ada menyediakan laman
web penjodohan pekerjaaan antara pemohon dan kekosongan jawatan sektor
awam. Laman web tersebut ialah
http://www.spa.gov.my/ dan
anda perlu memohon berdasarkan kelayakan anda untuk jawatan-jawatan
dalam laman web tersebut. Satu tips berguna untuk anda, kebanyakan
mereka yang dipanggil atau berjaya memohon pekerjaan di SPA adalah calon
yang lengkap maklumatnya serta selalu kemaskini maklumatnya.
Mungkin anda perlu segera bertindak supaya anda tidak ketinggalan untuk tawaran terkini sektor awam.
Cara semak temuduga dan Ujian fizikal
Kebiasaanya jika kita dipanggil untuk temuduga dan ujian fizikal akan
dimaklum melalui surat atau SMS. Namun demikian, ada calon yang suratnya
tidak sampai kerumah sehinggakan terlepas tarikh temuduga dan ujian
fizikal. Bagaimana ingin dapatkan segera maklumat penting tarikh, lokasi
dan perkara lain mengenai jawatan yang dimohon?
Masalah ini terjadi kepada beberapa calon yang hanya menerima SMS
menyatakan panggilan temuduga @ ujian fizikal, walaupun demikian, sms
tersebut tidak tertulis bila dan lokasi ujian tersebut dilakukan.
Kebiasannya calon akan merujuk laman rasmi SPA dan login pada butang
‘pemohon pekerjaan’. Cara itu sebenarnya salah dan anda mungkin tidak
dapat mencari dan mencetak surat makluman panggilan anda itu.
Cara mudah anda perlu ke tab Aplikasi Online ( Rujuk Gambar ) pada laman
web SPA tersebut. Cuba cari iklan yang berkaitan jawatan anda tersebut.
Jika anda jumpa, sila klik dan masukkan no kad pengenalan anda. Paparan
maklumat selengkapnya akan keluar termasuk tarikh, lokasi, jawatan,
tajuk, dan dokumen perlu dibawa semasa temuduga atau ujian fizikal.
Anda perlu segera mencetak supaya anda lebih awal bersedia untuk
menghadapi temuduga atau ujian fizikal . Penyediaan dokumen juga memakan
masa terutama jika terlibat dengan kaunter yang sibuk.
Semoga maklumat ini membantu anda, jika mempunyai masalah bolehlah
bertanya, kami akan cuba menjawabnya jika mempunyai masa terluang.