Cara Mudah Semak Baki Akaun Tabung Haji Anda Secara Online.
Bagi mereka yang biasa memindahkan duit ke akaun tabung haji secara online sudah pastinya buku akaun Tabung Haji mereka tidak dikemaskini dengan baki terkini.
Maklumlah, semua transaksi berlaku secara online, jadi dengan alasan itu sampai sekarang pun kita mungkin belum lagi kemaskini.
Dinasihatkan supaya pergi cawangan Tabung Haji terdekat untuk mengemaskini buku akaun Tabung Haji.
Bagi mereka yang hendak semak baki akaun tabung haji secara online, kini mereka boleh berbuat begitu melalui Maybank2u. Pastikan korang dah daftar akaun Tabung Haji tu dalam sistem Maybank2u. Wah ! menarik bukan ?
1. Selepas anda login akaun Maybank2u anda, klik pada Accounts & Banking
2. Seterusnya klik pada menu Transfers.
3. Klik pada menu Tabung Haji.
4. Klik pada Balance Inquiry.
5. Pilih akaun No Akaun Tabung Haji yang hendak disemak baki.Tamat
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua.Kongsi pada rakan yang lain :)
0 comments: