Thursday, July 19, 2018

Cara Mudah Semak & Langgan Digi Internet Prepaid (DiGi)

Cara Mudah Semak & Langgan Digi Internet Prepaid | Berikut adalah cara mudah untuk melanggan Digi Internet Prepaid, terus dari telefon anda. Ambil maklum bahawa gambar yang diambil ini adalah dari iPhone dan simkad yang dipakai adalah Digi Best Prepaid. Jadi interface mungkin berbeza bergantung kepada jenis telefon dan mungkin plan prepaid.

Langkah Pertama
Pastikan kredit anda mencukupi.

Langkah 2
Tekan *128#. Dial.

Langkah 3
Pilih nombor 3: Internet seperti di bawah.



Langkah 4
Pilih nombor 2: Internet Packages


Langkah 5
Pilih pakej internet yang kita nak

Hanya tekan 1 untuk Subscribe. Selesai! Anda dah pun berjaya mendaftar internet prepaid mengikut tempoh dan package yang anda nak. Pendaftaran ini adalah auto renewal setiap bulan kecuali anda tamatkan auto renewal tersebut dengan menggunakan instruction sms dari Digi. Jangan risau, Digi akan hantar sms kepada anda untuk beritahu tempoh dah hampir tamat dan nak renew atau tak.

Penutup
Ringkasan langkah-langkah di atas adalah hanya dial seperti berikut: *128*3*2*3#

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman PTPTN secara Online dan SMS

Bila sahaja cerita mengenai PTPTN semua risau disebabkan tidak membayar dengan cara yang betul, malah ada yang masih tidak membuat bayaran langsung. Kami akan kongsikan Cara Mudah Semak Baki Pinjaman PTPTN secara Online dan SMS. Jika anda ada impian untuk travel ke oversea, untuk membuat loan silalah membuat bayaran PTPTN sebelum nama anda blacklist.




Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan baki PTPTN secara online :-
  1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik www.ptptn.gov.my
  2. Klik Ikon Penyata Pinjaman – epay.ptptn.gov.my/penyata
  3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
  4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
  5. Semak

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Seterusnya, untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN.
* Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
Semoga berjaya. Jangan Lupa, Jika anda tidak membayar ptptn bermakna ilmu yang anda berlajar tidak berkat... Muhasabah diri.




Cara Mudah Untuk Semak Temuduga Dan Ujian Fizikal Di SPA

Anda pernah memohon di SPA? Oleh itu sepatutnya anda tahu bagaimana cara semak temuduga dan ujian fizikal di SPA. Kami tertarik untuk membuat penulisan ini berikutan masalah yang timbul segelintir pemohon untuk melihat maklumat lengkap panggilan temuduga atau ujian fizikal di Laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan awam SPA.

Sebelum kami huraikan bagaimana untuk semak temuduga dan ujian fizikal di SPA, ada baiknya kami terangkan dulu secara ringkas apa itu SPA. SPA ialah suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menguruskan pengambilan calon untuk jawatan-jawatan dalam sektor awam.

Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa SPA ini ada menyediakan laman web penjodohan pekerjaaan antara pemohon dan kekosongan jawatan sektor awam. Laman web tersebut ialah http://www.spa.gov.my/ dan anda perlu memohon berdasarkan kelayakan anda untuk jawatan-jawatan dalam laman web tersebut. Satu tips berguna untuk anda, kebanyakan mereka yang dipanggil atau berjaya memohon pekerjaan di SPA adalah calon yang lengkap maklumatnya serta selalu kemaskini maklumatnya.

Mungkin anda perlu segera bertindak supaya anda tidak ketinggalan untuk tawaran terkini sektor awam.


Cara semak temuduga dan Ujian fizikal

Kebiasaanya jika kita dipanggil untuk temuduga dan ujian fizikal akan dimaklum melalui surat atau SMS. Namun demikian, ada calon yang suratnya tidak sampai kerumah sehinggakan terlepas tarikh temuduga dan ujian fizikal. Bagaimana ingin dapatkan segera maklumat penting tarikh, lokasi dan perkara lain mengenai jawatan yang dimohon?

Masalah ini terjadi kepada beberapa calon yang hanya menerima SMS menyatakan panggilan temuduga @ ujian fizikal, walaupun demikian, sms tersebut tidak tertulis bila dan lokasi ujian tersebut dilakukan. Kebiasannya calon akan merujuk laman rasmi SPA dan login pada butang  ‘pemohon pekerjaan’. Cara itu sebenarnya salah dan anda mungkin tidak dapat mencari dan mencetak surat makluman panggilan anda itu.





Cara mudah anda perlu ke tab Aplikasi Online ( Rujuk Gambar ) pada laman web SPA tersebut. Cuba cari iklan yang berkaitan jawatan anda tersebut. Jika anda jumpa, sila klik dan masukkan no kad pengenalan anda. Paparan maklumat selengkapnya akan keluar termasuk tarikh, lokasi, jawatan, tajuk, dan dokumen perlu dibawa semasa temuduga atau ujian fizikal.

Anda perlu segera mencetak supaya anda lebih awal bersedia untuk menghadapi temuduga atau ujian fizikal . Penyediaan dokumen juga memakan masa terutama jika terlibat dengan kaunter yang sibuk.

Semoga maklumat ini membantu anda, jika mempunyai masalah bolehlah bertanya, kami akan cuba menjawabnya jika mempunyai masa terluang.

Wednesday, July 4, 2018

Cara Mudah Reset Kata Laluan SPA8i Online

Cara Mudah Reset Kata Laluan SPA8i Online


Selalunya dikalangan kita mudah lupa kata laluan,lalu terus bingung bagaimana cara untuk reset password ( kata laluan ) SPA8i dan selepas itu abaikan terus permohonan, anda sangat rugi kerana pihak SPA8i telah menyediakan fungsi yang amat mudah jika anda lupa kata laluan di portal SPA8i.

Sila semak dahulu sebelum anda closed tap SPA8i.

1.Buka Portal Semakan Status Permohonan SPA8i klik DI SINI selepas itu anda akan nampak antara muka seperti dibawah ini.


2.:- Sila klik di "Lupa Kata Laluan" atau pun klik DISINI anda akan dapati paparan seperti di bawah ini.

Seterusnya anda masukkan butir-butir peribadi dan isi tempat kosong.

 Selamat berjaya!!

Cara Mudah Semak Baki Akaun Tabung Haji Anda Secara Online


Cara Mudah Semak Baki Akaun Tabung Haji Anda Secara Online.


Bagi mereka yang biasa memindahkan duit ke akaun tabung haji secara online sudah pastinya buku akaun Tabung Haji mereka tidak dikemaskini dengan baki terkini.

Maklumlah, semua transaksi berlaku secara online, jadi dengan alasan itu sampai sekarang pun kita mungkin belum lagi kemaskini.

Dinasihatkan supaya pergi cawangan Tabung Haji terdekat untuk mengemaskini buku akaun Tabung Haji.

Bagi mereka yang hendak semak baki akaun tabung haji secara online, kini mereka boleh berbuat begitu melalui Maybank2u. Pastikan korang dah daftar akaun Tabung Haji tu dalam sistem Maybank2u. Wah ! menarik bukan ?

1. Selepas anda login akaun Maybank2u anda, klik pada Accounts & Banking 



2. Seterusnya klik pada menu Transfers. 



3. Klik pada menu Tabung Haji. 



4. Klik pada Balance Inquiry. 



5. Pilih akaun No Akaun Tabung Haji yang hendak disemak baki.Tamat

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua.Kongsi pada rakan yang lain :)